Get Adobe Flash player

SEPINTAS

KURSUS PEMANTAPAN SISTEM KEPASTIAN KUALITI SARANG BURUNG WALIT

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Pemantapan Sistem Kepastian Kualiti Kepada Pengusaha Pemprosesan Sarang Burung Walit Bil 1/2015, kursus tersebut akan diadakan pada 25 - 29 Mei 2015 bertempat di PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu, Kelantan. Untuk keterangan lanjut berkenaan kursus sila hubungi Unit Walit DVS Terengganu di talian 09-6221822 samb. 312.

 



 

Semua kakitangan JPVTRG diminta untuk mengaktifkan akaun email kakitangan kerajaan Negeri Terengganu di hhtp://email.terengganu.gov.my. Email jphtrg.com akan ditamatkan. Sila tuan/puan gunakan perkhidmatan baru ini sebagai email rasmi.

Sekian, terima kasih.


 

Kepada semua pelanggan yang dihargai.  Ada boleh membuat sebarang pertanyaan dan maklum balas pada ruangan HUBUNGI KAMI pada MENU UTAMA


 

LAMAN SOSIAL

fb tweeter youtube blogrss

Unggas Cantik

DUNGUN: Seorang penternak unggas sanggup menghabiskan RM100,000 untuk mendapatkan pelbagai baka ayam dan burung, selain memperuntukkan RM1,000 sebulan bagi membiayai kos makanan dan ubatan ternakannya itu sejak 20 tahun lalu.

Zakaria Abdul Ghani, 42, berkata dia menternak lebih 1,000 ayam dan burung eksotik pelbagai spesies berhampiran rumahnya di Kampung Bukit Catak.


“Antara ayam paling mahal dan sukar diperoleh ialah Onaga Dori dari Jepun yang mencecah harga RM11,000 seekor, selain Batam Gold, Silky, Poland, Polish dan Giant Cochin.

 

“Burung pula dari jenis merpati berharga RM2,000 seperti spesies Pigny, Jacobin, Carrier dan Pomeranaian,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Zakaria berkata, ayam dan burung yang memiliki rupa bentuk cantik dan unik akan dibiaknya sebelum dijual berpandukan harga pasaran spesies berkenaan.


“Sebagai contoh, ayam Giant Cochin yang boleh mencecah berat lapan kilogram memang mendapat sambutan menggalakkan, justeru, tidak menghairankan apabila harga sepasang anaknya sekitar RM500.

 

 

“Ayam serama dan ayam siam juga meraih permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Paling murah ayam siam dijual pada harga RM300 seekor berpandukan bakanya,” katanya.


Menurutnya, pada awalnya dia mengalami masalah kewangan untuk membiayai kos makanan dan ubatan ternakannya sehingga terpaksa mencatu wang perbelanjaan rumah.

 

“Hampir saja saya berputus asa apabila mengenangkan masalah kewangan dihadapi, namun dorongan diberikan keluarga menyebabkan saya kembali bersemangat.


“Bukan senang untuk meraih keuntungan kerana pasti mengalami kerugian dan kesusahan terlebih dulu, namun berkat kesungguhan akhirnya segala usaha membuahkan hasil.


“Sekarang pembiayaan makanan dan ubatan ternakan ditampung sepenuhnya daripada wang hasil jualan ternakan, cuma saya perlu memperuntukkan masa tiga jam sehari bagi menguruskannya,” katanya yang merancang mengumpul lebih banyak spesies sebagai usaha mempelbagaikan lagi ternakan dan memenuhi permintaan pelanggan.

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated (Monday, 29 October 2012 21:25)

 
PENGUNJUNG
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam190
mod_vvisit_counterMinggu Ini483
mod_vvisit_counterMinggu Lepas907
mod_vvisit_counterBulan Ini2892
mod_vvisit_counter Bulan Lepas4575
mod_vvisit_counterKeseluruhan168929

Online (20 minutes ago): 2
Your IP: 54.159.188.179
,
Today: Apr 21, 2015
Carian JPVTRG

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman

Paparan Terbaik ialah menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan 1024x768 paparann skrin.