Get Adobe Flash player

SEPINTAS

Semua kakitangan JPVTRG diminta untuk mengaktifkan akaun email kakitangan kerajaan Negeri Terengganu di hhtp://email.terengganu.gov.my. Email jphtrg.com akan ditamatkan. Sila tuan/puan gunakan perkhidmatan baru ini sebagai email rasmi.

Sekian, terima kasih.


 

Kepada semua pelanggan yang dihargai.  Ada boleh membuat sebarang pertanyaan dan maklum balas pada ruangan HUBUNGI KAMI pada MENU UTAMA


 

LAMAN SOSIAL

fb tweeter youtube blogrss

Kucing (Dr. Nina)

Assalammualaikum….

Alhamdulillah! Bertemu kita lagi dalam blog JPV Negeri Terengganu. Syukur rasanya, ini kali kedua saya menulis diruangan ini. Hari itu saya manulis tentang pendaftaran premis. Saya ingin menyeru semua pemilik premis supaya mendaftar premis anda supaya hubungan antara penternak atau pengusaha produk haiwan dengan JPV dapat dieratkan lagi.

Kali ini,saya ingin menyentuh atau bercerita tentang kucing. Saya tahu ramai diluar sana yang amat mengemari kucing. Jadi saya nak berkongsi serba sedikit fakta tentang kucing.

ü Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris.

ü Secara keseluruhan populasi kucing didunia, hanya kurang dari satu peratus sahaja merupakan baka tulen.

ü Sifat-sifat kucing

o Adalah pemangsa yang terhebat didunia.

o Melumpuhkan mangsa dengan cara yang sama seperti singa dan harimau iaitu menggigit leher mangsa dengan taringnya yang tajam sehingga melukakan saraf tulang belakang atau menyebabkan mangsa kehabisan nafas dengan merosakkan tengkorak.

o Dianggap sebagai karnivor yang sempurna dengan gigi dan saluran pencernaan yang khusus

o Tidak seperti karnivor lain, kucing hampir tidak makan makanan apapun yang mengandungi tumbuhan. Kucing tidak dapat mengadaptasi dengan diet vegetarian kerana organ pencernaannya tidak dapat mensintesis semua asid amino yang diperlukan

o Memiliki reputasi sebagai penyendiri tetapi dapat membentuk koloni-koloni tersendiri.

o Setiap kucing memiliki daerahnya tersendiri; jantan yang aktif secara seksual memiliki daerah yang lebih besar berbanding jantan yang telah dikasi.

o Tetapi terdapat juga daerah neutral dimana kucing dapat saling mengawasi atau bertemu tanpa berlaku sebarang konflik.

o Kucing yang sedang berkelahi akan menegakkan bulu tubuhnya dan melengkungkan punggungnya.

o Kucing senang dengan suasana panas dan sering tidur dibawah sinaran matahari. Akan tetapi,kucing tidak dapat bertahan terhadap keadaan berkabut, hujan dan salji. Meskipun begitu,ada beberapa baka seperti Norwegian Forest Cat dan Maine Coon mampu bertahan dengan berusaha mengekalkan suhu badannya dalam keadaan basah.

o Kucing dapat mematungkan diri dan tidak bergerak cukup lama terutama ketika sedang mengintai mangsa atau siap untuk menerkam mangsa

o Kebanyakkan kucing tidak suka berendam dalam air kecuali baka Turkish Van.


o Masa kehamilan atau gestasi pada kucing adalah 63 hari.

o Anak kucing yang lahir buta dan tuli. Mata mereka hanya akan terbuka pada usia 8-10 hari

o Dianggarkan bahawa kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun.

o Jika penglihatan terhad, misai menjadi pembantu buat kucing untuk menentukan arah dan menjadi alat indera tambahan. Misai kucing dapat menangkap perubahan angin yang amat kecil.

o Secara umumnya semua daun telinga kucing tegak. Ketika marah atau takut, daun telinga kucing akan beralih ke belakang. Daun telinga kucing akan bergerak ke hadapan sekiranya ia mendengar atau ada sifat ingin tahu.






ARTIKAL II

PENJAGAAN KUCING

Assalammualaikum! Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan asas penjagaan kucing. Ramai pemilik kucing yang saya jumpa di klinik yang kurang menitikberatkan penjagaan asas buat kucing mereka. Keadaan ini mungkin disebabkan kurangnya pendedahan atau tiada sumber rujukan. Perkara-perkara asas yang perlu dijaga:

v Kuku

§ Kuku adalah organ utama yang menjadi tempat pembiakan kuman. Sebab itulah kadang-kadang kalau terkena cakaran dari kucing,kita kena cuci luka tersebut supaya tidak bernanah.

§ Kuku haruslah sentiasa dipotong. Di kedai-kedai haiwan sekarang sudah dijual pengetip kuku untuk kucing. Kalau dibiarkan panjang, rosak pula barang-barang rumah dicakar kucing. Itulah tabiat semulajadi kucing,suka mncakar. Dengan mencakar, kucing seolah-olah menumpulkan kukunya. Di kedai haiwan juga ada menjual tempat untuk kucing mencakar.

v Telinga

§ Kebersihan telinga amat perlu dititikberatkan. Pernah tak kita lihat kucing kita suka garu-garu kat telinga? Cuba lihat dalam telinga kucing kita, ada tak hitam-hitam dalam telinga tu? Itu tandanya kucing ada ‘ear mite’. Bahaya sekiranya dibiarkan kerana lama-lama akan jadi kurap pada telinga. Cuping telinga akan menjadi keras .

§ Cara biasa yang boleh dilakukan untuk membersih telinga dengan hanya menggunakan ‘cotton bud’. Bubuh sedikit baby oil dan cuci.

v Mata

§ Mata adalah pancaindera untuk melihat. Kadang-kadang kita lihat ada benda hitam dekat mata terutama sekali kucing jenis parsi yang mempunyai bentuk muka meleper.

§ Air mata yang keluar berlebihan akan menjadi kering. Jadi, perlu selalu dilapkan. Boleh guna tisu,kapas atau kain.

v Bulu badan

§ Kucing berbulu pendek lebih senang dijaga berbanding kucing berbulu panjang. Bulu pada badan kucing juga amat penting untuk dijaga kerana ia adalah sebahagian daripada organ terbesar pada kucing iaitu kulit.

§ Bulu kucing hendaklah disikat setiap hari. Ini dapat mengelakkan “matted hair” dan “hair ball”. Kes-kes sebegini selalunya berlaku pada kucing berbulu panjang. Selain daripada itu, ini akan membuang bulu yang lama dan bulu baru dapat tumbuh.

§ Semasa menyikat kucing, perlulah diperhatikan sekiranya ada telur kutu atau hama. Sekiranya ada, hendaklah diletakkan ubat kutu dan hama seperti frontline, semburan atau ‘spot on’. Ubat ini boleh didapatkan di kedai haiwan.

§ Perkara yang penting juga adalah memandikan kucing. Kucing pun seperti manusia,kalau tidak mandi badan akan berdaki. Jadi, mandi adalah salah satu cara menjaga kebersihan pada kucing. Kucing yang bersih, bebas dari penyakit.


 
PENGUNJUNG
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini62
mod_vvisit_counterSemalam508
mod_vvisit_counterMinggu Ini2041
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2912
mod_vvisit_counterBulan Ini8997
mod_vvisit_counter Bulan Lepas6745
mod_vvisit_counterKeseluruhan120591

Online (20 minutes ago): 11
Your IP: 54.234.82.216
,
Today: Jul 30, 2014
Carian JPVTRG

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman

Paparan Terbaik ialah menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan 1024x768 paparann skrin.