Get Adobe Flash player

SEPINTAS

Semua kakitangan JPVTRG diminta untuk mengaktifkan akaun email kakitangan kerajaan Negeri Terengganu di hhtp://email.terengganu.gov.my. Email jphtrg.com akan ditamatkan. Sila tuan/puan gunakan perkhidmatan baru ini sebagai email rasmi.

Sekian, terima kasih.


 

Kepada semua pelanggan yang dihargai.  Ada boleh membuat sebarang pertanyaan dan maklum balas pada ruangan HUBUNGI KAMI pada MENU UTAMA


 

LAMAN SOSIAL

fb tweeter youtube blogrss

Sugar Glider ( Dr Nina )

SUGAR GLIDER

 

 

Assalammualaikum.....!

 

Sejak akhir-akhir, ramai pemilik 'sugar glider' kerap datang ke klinik sambil membawa haiwan ini. Dari pemerhatian saya,dah ramai berminat memelihara haiwan ezotik ini. Baguslah!

 

Haiwan kecil ini adalah haiwan ezotik yang memiliki jangka hayat 12-15tahun. Memiliki bulu badan yang berwarna kelabu kebiruan dan berjalurgelap dibelakang.Haiwan ini mempunyai poket dibadan. Haiwan ini samalingkungan keluarga dengan kangaroo, opossums dan Tasmania.

 

Sugar glider ini merupakan haiwan 'nocturnal', bermaksud tidur diwaktu siang dan berjaga diwaktu malam. Di dalam kehidupan liar, haiwan ini hidupsecara berkumpulan dan sangat menjaga kumpulan mereka dari musuh luar. Tetapi, sekiranya anda berminat memelihara haiwan ini, anda perlu memegang dan bermain dengannya lebih dari sejam supaya haiwan ini tidak liar. Haiwan ini sangat mengagumi tuannya. Mereka sangat suka berinteraksi dan suka duduk di dalam poket tuannya sepanjang hari.

 

Memandangkan haiwan ini sangat aktif  dan suka bersosial, mereka tidak suka ditinggalkan bersendirian. Ini akan menyebabkan kemurungan yang kemungkinan punca penyebab kematian. Tempat tinggal atau sangkar yang besar adalah lebih baik dan dipenuhi banyak permainan dan tempat untuk memanjat dan melompat. Ini memberi peluang untuk sugar glider bersenam. Tetapi haiwan yang dikurung amat senang mendapat sakit kaki. Jadi tuannya perlulah memberi nutrien tambahan seperti vitamin D, vitamin E dan kalsium. Tetapi perlu brhati-hati jika ingin beri makan kekacang sebab mudah mendapat sembelit. Sugar glider merupakan omnivor iaitu haiwan yang memakan madu, serangga, tikus kecil,buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Jadi, diet yang baik

merangkumi semua ini. Sinonim dengan namanya 'sugar', bermakna mereka ini  sukakan manisan seperti buah-buahan. Sekiranya ingin beri buah-buahan, sebaiknya dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan makanan lain seperti madu, air suam, telur rebus dan bijirin bayi. Mempelbagaikan jenis akanan. Setiap hari amat bagus supaya mereka mendapat cukup nutrisi.  Sugar glider juga boleh diberi makan cengkerek, cacing, rama-rama dan spider.

 

Sugar glider betina boleh melahirkan anak sekerap 3 kali setahun. Mereka boleh melahirkan anak seekor atau kembar dua atau kembar tiga. Selepas melahirkan, anak ini akan disimpan dalam poket selama 70 hari. Selepas itu, mereka akan keluar dari poket.

 
PENGUNJUNG
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini71
mod_vvisit_counterSemalam204
mod_vvisit_counterMinggu Ini908
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1100
mod_vvisit_counterBulan Ini275
mod_vvisit_counter Bulan Lepas5543
mod_vvisit_counterKeseluruhan134910

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 54.227.89.236
,
Today: Oct 02, 2014
Carian JPVTRG

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman

Paparan Terbaik ialah menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan 1024x768 paparann skrin.